top of page
Latar Belakang Syarikat
REDSTAR QUALITY TRADING

Redstar Quality Trading (Redstar) diilhamkan dari tahun 2006 dan diterajui dan dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputra, mempunyai trademark yang tersendiri dan bermula dengan perniagaan borong pelbagai jenis untuk pasaran Thailand, China dan Vietnam. Redstar menceburi sektor barangan keperluan dapur harian setelah menerima dan menyedari permintaan runcit dalam sektor ini adalah amat menggalakkan. Sektor penghantaran secara runcit ini bermula di Shah Alam, Selayang dan Cheras; sedikit demi sedikit berkembang ke sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan negeri-negeri lain mengikut keperluan semasa.

Kelebihan dan kepakaran kami adalah dari segi kualiti penjagaan kesegaran produk seperti di bawah:

1. Hasil laut yang diperoleh akan disiang, dibuang isi perut dan terus disejukbeku pada -18°C untuk mengekalkan kesegaran (0°C masih ada pergerakan bakteria).

2. Ayam disembelih sebanyak 2,000 hingga 5,000 ekor sehari secara manual dan habis dijual setiap hari. Tiada stok disimpan.

3. Daging dipilih hanya daging segar (bukan daging beku).

Kami menyediakan produk yang segar, berkualiti dan tidak diragui status halal kerana pekerja-pekerja kami terdiri daripada pekerja Muslim sepenuhnya. Kami turut menyediakan penghantaran secara borong kepada pelanggan-pelanggan kami di luar negara.

Rakan Niaga

Redstar mempunyai rangkaian perniagaan dalam pelbagai sektor terutama dalam bidang import dan eksport di beberapa negara dan kawasan seperti:

1. Barang makanan dalam tin.

2. Makanan sejuk beku.

3. Makanan berasaskan tenusu (susu tepung, mentega).

4. Kosmetik.

Redstar juga berkongsi perniagaan runcit dalam:

1. Menyediakan perkhidmatan gubahan bunga segar serta penghantaran (Kuala Lumpur, Selangor, Cyberjaya dan Putrajaya).

2. Agensi pelancongan di dalam dan luar negara.

3. Roti homemade (hanya di Semenyih, Selangor)

Kami komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik dengan harga berpatutan selari dengan permintaan pelanggan kami.

Whatsapp / Telefon / Mesej / Email kami di +6011-3764 7217 atau di redstarmart4951@gmail.com untuk pertanyaan dan tempahan lanjut.

Komen / Persoalan

Komen / Persoalan anda telah diterima.

bottom of page