

Terma & Syarat
-
Segala urusan jual beli dan penghantaran di portal ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh Redstar Mart. Terma-terma dan syarat-syarat adalah tetap dan hanya bertukar setelah makluman dilakukan oleh pihak syarikat.
-
Pelanggan yang ingin membeli digalakkan untuk mendaftar butir-butir peribadi yang ringkas untuk tujuan rekod pembelian, penghantaran dan penyampaian tawaran serta mesej terkini syarikat terus kepada pelanggan kami.
-
Penghantaran hanya akan dilakukan setelah pembayaran dibuat menerusi portal ini dan tempoh penghantaran adalah 24jam dari masa pembayaran dibuat. Sekiranya tempoh penghantaran adalah lebih daripada 24jam, pihak kami akan memberikan saguhati / diskaun ke atas pembelian seterusnya. Segala urusan adalah dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM / MYR).
-
Harga yang dipamerkan hanya sah untuk tempoh 3 hingga 7 hari sahaja. Pihak kami tidak melayan tempahan / pembelian yang melebihi tempoh tersebut dan pembayaran yang dibuat akan dipulangkan
-
Pertukaran harga dari semasa ke semasa akan dilakukan oleh pihak syarikat terutama pada waktu promosi dan pembeli hanya perlu membayar harga pada masa tersebut. Pihak kami tidak akan bertoleransi sekiranya harga yang dibayar adalah lebih tinggi daripada harga terkini.
-
Sekiranya maklumat atau/dan alamat yang diberikan tidak tepat, mengelirukan dan penghantaran gagal / tersalah hantar / lewat kepada pembeli, kami tidak akan bertanggungjawab ke atas kesilapan pembeli.
-
Sekiranya kesilapan dilakukan oleh pihak kami, kami akan memulangkan wang secara tunai atau debit dalam tempoh 48jam ataupun menggantikan produk yang dipesan terus kepada pembeli.
-
Pembeli harus memeriksa produk yang dipesan pada waktu penerimaan dan mengesahkan penerimaan melalui Whatsapp / SMS kepada kami. Sekiranya produk yang diterima adalah berbeza atau rosak, pihak kami akan menggantikan dalam tempoh 24jam berikutnya atau memulangkan jumlah wang yang dibayar. Pembelian adalah muktamad setelah tempoh penghantaran melebihi 2jam dan tiada aduan dilaporkan kepada pihak kami.
-
Maklumat yang diberikan oleh pengguna / pelanggan / ahli adalah sulit dan untuk kegunaan urusan perniagaan kami dan syarikat kendalian kami dalam menyalurkan maklumat tambahan, perakaunan, tujuan penghantaran dan promosi syarikat.
-
Redstar berhak untuk meminda terma-terma dan syarat selari dengan keperluan semasa tanpa notis.
-
Semua data, info, gambar, reka bentuk, grafik dan idea, adalah hak milik mutlak Redstar Quality Mart dan tidak boleh dikongsi / digunapakai oleh sesiapa atau mana-mana pihak tanpa kebenaran kami.